Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah ini adalah entri terakhir saya dalam melengkapkan tugasan subjek Penglahiran Bakat Kreatif (BBK3410). Saya ingin berkongsi travelog perjalanan saya ketika majlis perkahwinan satu-satunya kakak saya.
25 November 2016
Hari jumaat adalah hari kakak saya sah bergelar seorang isteri kepada insan yang dicintainya.. Perasaan hiba yang menusuk-nusuk dalam sanubari saya. Tidak dapat dibayangkan bahawa satu-satunya tempat saya merintih nasib disunting manusia bergelar lelaki menjadi peneman hidup. Lumrah hidup. Allah menciptakan manusia ini berpasang-pasangan. Saya perlu redha.
Tapi kenapa perasaan hati saya gundah gulana?
Mungkin emosi seorang adik yang kehilangan kakaknya. Mana tidaknya, saya berkongsi bilik dengan kakak saya. Segala gelak, tangis, amarah pernah saya lempiaskan pada kakak. Saya cemburu.
Tapi melihat seri yang terpancar wajah kakak, saya mengikhlaskan diri untuk turut merestui perkahwinan mereka. Saya turut gembira jika kakak saya juga gembira.
Majlis mereka berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.
Kini, saya menerima berita gembira. Kakak saya sah hamil 2 minggu pada 1 Januari 2017. Tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Saya bakal menjadi makcik. Alhamdulillah. Saya mendoakan kakak saya agar segalanya dipermudahkan dan tiada sebarang kesulitan ketika dia hamil dan ketika melahirkan zuriatnya. Cucu pertama emak dan ayah. Amin
Sekian,
Cahaya Taqwa
No comments:
Post a Comment