Home BBK3410 Story Santai coretan hikmah

Monday, 19 December 2016

BBK3410: Tangisan darah Aleppo

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah. Saya diberi kesempatan waktu untuk menaip entri di blog ini setelah sekian lama tidak menaip kerana kesibukan diri untuk menamatkan semesta pertama ini.

Baiklah, entri saya ini berkaitan dengan Aleppo, Syria diserang lagi. πŸ’”


Image result for kisah aleppo
Saat kita berehat, mereka di Syria bertarung nyawa menyelamatkan diri. Mungkin ramai yang kurang faham betapa krisis yang terjadi di Syria itu harganya adalah nyawa! Jeritan dan tangisan saudara kita di sana sebelum menghembuskan nafas terakhir belum cukup untuk menyedarkan dunia untuk bangkit dan bertindak. Setiap saat dan minit, darah serta nyawa terkorban dibunuh dengan kejam. Hasbunallah Wani'mal Wakeel.

Tonton dan jadilah saksi saat bagaimana rakyat awam bersama anak kecil, wanita, orang tua dan keluarga yang terkepung lari untuk menyelamatkan diri tatkala Regim Assad serta sekutunya menyerang serta mengganggu proses evakuasi di Aleppo.

Saudara Syria kita kehilangan tempat tinggal saat cuaca sejuk yang mencecah -1 darjah celcius pada waktu malam. Mereka tiada bantal, selimut, jaket hatta bekalan makanan. Anak-anak keletihan, kesejukkan dan masih trauma dengan segala perkara yang dilihat bagai neraka dunia.

Selagi krisis di Syria tidak selesai, InshaAllah, Muslim Care Malaysia Society akan terus melancarkan kempen kutipan dana untuk meringankan kesulitan yang dihadapi oleh rakyat Syria. Ayuh rakan-rakan bersama-sama kita membantu atas kadar kemampuan yang kita mampu.

Seboleh-bolehnya menyumbanglah dalam bentuk bantuan kewangan. Namun sekiranya tidak berkemampuan, marilah kita mempromosikan kempen ini kepada rakan-rakan yang lain. InshaAllah akan dapat ganjaran pahala hasil sumbangan rakan-rakan mempromosikan kempen ini.

Sekiranya tidak berkesempatan juga, marilah kita kirimkan doa agar Allah swt menurunkan bantuanNya untuk menamatkan penderitaan saudara-saudara kita di Syria.

Semoga saudara-saudara Islam di dunia ini dipelihara dan dilindungi Allah swt. AMIN.

Sekian,
Cahaya Taqwa

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Nurhanisah binti Abdul Jalil & berasal dari Johor